Jenis sekolah Pendidikan rendah di Malaysia

Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan (SK) ialah sekolah awam utama yang menjalankan program pendidikan rendah di Malaysia. Cadangan penubuhan sekolah kebangsaan mula diketengahkan menerusi Laporan Barnes, di mana jawatankuasa Barnes berpendapat bahawa penubuhan SK mampu menyatupadukan kesemua kaum di Tanah Melayu pada ketika itu[27]. Sekolah Umum Permatang Janggus yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang merupakan sekolah pertama yang beralih kepada Sekolah Kebangsaan sekitar tahun 1959[28].

Bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang dipertuturkan oleh murid-murid di sekolah kebangsaan. Selain itu, murid-murid juga menuturkan bahasa Inggeris terutamanya ketika pembelajaran subjek bahasa Inggeris. SK diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Daerah dan setakat Jun 2022, terdapat sebanyak 5,868 buah sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia[29].